Monday, August 28, 2006

Surau Al-Mubarak

Surau Al-Mubarak di Kampung Keliangau ini sudah lama di bina. Merupakan pusat pembelajaran tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama. Seperti di dalam gambar, surau ini telah diubahsuai dan masih lagi menjalankan pengubahsuaian teermasuk susunan struktur di dalam surau dan juga kerja-kerja pengecatan. Azan pula sentiasa berkumandang setiap kali masuk waktu solat. Kanak-kanak penduduk kampung yang beragama Islam biasanya akan berkumpul di surau ini untuk sama-sama mengerjakan solat Maghrib dan solat Isya'. Di samping itu juga, program-program seperti kelas Tajwid dan bacaan Al-quran juga turut diadakan setiap hujung minggu.

Gotong-Royong GDW

Inilah salah satu usaha yang dijalankan oleh badan bertindak Gerakan Daya Wawasan Kampung Keliangau Menggatal. Keceriaan, kemuafakatan dan keharmonian telah diterapkan kepada setiap penduduk kampung melalui aktiviti-aktiviti gotong-royong dan sebagainya. Ketika ini, beberapa penduduk kampung bersama-sama memindahkan logo pusat GDW ke satu lokasi yang lain. Bagi penduduk, keceriaan kampung dan juga kebersihan adalah objektif utama di samping kerjasama, kemuafakatan dan perpaduan kaum. Walaupun, mempunyai kepercayaan yang berbeza, namun, rata-rata, penduduk dapat memahami kedudukan dan boleh menerima diri masing-masing dan orang lain seadanya.

Pintu Gerbang GDW Kg. Keliangau Menggatal

Gambar ini merupakan pintu gerbang ke Gerakan Daya Wawasan Kg. Keliangau Menggatal. Telah di bina hampir 6 tahun yang lalu dan masih utuh sampai ke hari ini. Gerbang ini melambangkan tentang kerjasama dan muafakat setiap penduduk kampung yang mana bersama-sama bertungkus-lumus membina pintu gerbang ini. Kemajuan dan peredaran teknologi yang berkembang seiring dengan cara hidup penduduk yang berubah-ubah menyakinkan lagi penduduk kampung betapa teknologi dan ilmu adalah amat penting kepada generasi kini dan yang akan datang. Sehubungan dengan itu juga kerjasama dan kemuafakatan turut dititik beratkan oleh penduduk minoriti di daerah Menggatal ini.
Selamat Datang kepada pengunjung yang melawat blog Kg Keliangau Menggatal. Kg. Keliangau terletak di daerah Menggatal, iaitu di Batu 10 jalan Tuaran. Kampung ini juga terbahagi kepada 3 bahagian besar yang utama iaitu Bahagian Atas, Bahagian Tengah dan Bahagian Bawah. Namun setelah beberapa pembaharuan dan rombakan demi rombakan, kampung ini telah dibahagikan mengikut zon masing-masing. Antaranya adalah Zon Mawar, Zon Anggerik, Zon Melati, Zon Rafflesia, Zon Orchid, dan Zon Teratai. Pembaharuan ini telah dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu dengan kata sepakat jawatankuasa kampung dan juga penduduk kampung.